Monday, 12 March 2018

COACH KURUS CANTIK SIHAT BUKIT SUBANG/DENAI ALAM (012-2590031 / 011-1080 7402) : Tutorial Simple Shake

Hari ni tak terasa nak keluar pejabat utk lunch, so saya ambik je shake herbalife sbg ganti makanan tghari saya.
Sangat simple cara membuatnya..tak sampai 2 minit dah siap.

Selamat menonton :) :) :)




Sunday, 11 March 2018

Menawan Puncak 3 Puteri

Hiking...
Bagi penduduk bandar yang suka hiking ni rasanya ada 2 tempat hiking yg popular kat Selangor ni.. Puncak 3 Puteri, Kota Damansara dan Bukit Gasing, Petaling Jaya..
.
Coach Rais (CR) da tak tau berapa kali repeat tawan 3 Peak tu..eh..lupa nak bgtau..nama sbnr bukit ni Kota Damansara Community Forest (KDCF), tapi kdg2 bila sebut Puncak 3 Puteri atau 3 peak tu org yg da biasa dan tau tempat tu akan fahamla secara xlangsung..😊😊😊
Ok, sambung semula..setiap kali Coach Rais naik, coach suka bercerita semula pada Coach Rose seronoknya mendaki..Coach Rose tak boleh mendaki ekstrem..ops.. (mungkin lebih positif dgn ayat 'belum boleh mendaki ekstrem' kann) sbb Coach Rose ada cabaran jantung..so Coach Rose kena pelan2 kayuh bak kata orang sekarang ni..ahaha.. Ok sambung semula balik (aduhh banyak pulak iklan yek 😅😅😅) masa nak mendaki tu, coach jumpa macam2 pesen (bunyi fashion yg di jawa kan) orang..yg hiking bawak henbeg kecikla..yg hiking malam2 sbb nak tgk firecracker la..saje2 hiking tido atas puncak sbb nak tgk bintang pun ada..hihihi..tp takpe..boleh je semua..yg penting utamakan keselamatan 🚨🚨🚨

Semalam Coach Rais hiking lagi..asalnya bawak kawan2 tempat kerja je..sekali Allah bagi terjumpa semula kawan2 yg xsempat nak tanya nama sblm ni walaupun da borak panjang lebar kat atas tu.. (hahaha apa la Coach Rais ni kan 😂😂😂). Tapi kali ni kawan2 tu siap bawak geng..lps tu mintak Coach Rais cerita journey daripada bambam hingga la ke tahap sekarang..
Lepas sharing ttg ilmu pemakanan dgn cara yg betul maka kami pun bertukar2la namecard..ewahhhh..mcm sesuatu pulak kan..ahahaha

Sebagai kenang-kenangan..maka terhasillah gambar ni




Friday, 23 February 2018

Herbalife Jodoh Kami


Teringat masa 13 tahun lepas..ptg2 mcm ni bawak anak jalan2 kat luar sambil ambik angin ptg..berdukung lg si Amir Raziq..sblh tangan pun kuat lagi (means di kecik lg la..baby dlm 4/5 bulan). Masa tu baru je pindah masuk kuarters kat klang..Tetiba ada jiran menyapa saya

"Mak mana?" soal jiran tu
"Mak?"saya jwp mcm pelik "kat kampung.."selamba je bgtau
"Sape yg jaga baby (amir)?" Dia tanya lagiii..
"Saya.." masih xpaham sbnrnya kenapa dia tanya..
"Abes tu adik x nanges ke kalau xde mak?" Hurmmm saya makin pelik
"Adik?" Saya tanya balik "adik mana?" Kot la dia bahasakan saya ni adik ke kannn..
"Tu.." dia tunjuk kat amir
Hahahah..mengekek saya gelak bila dia kata amir tu adik saya..
"Kakkk..ni anak saya la.." saya membetulkan tanggapan dia..hihihi
.
Tu kisah 13 thn lps..
.
Tapi kisah thn ni..ada mcm2 versi bila org menegur..antaranya
"Ingatkan Rose jalan dgn boipren mana la tadi..rupanya Amir"..
Lagi satu
"Ni anak rose ke? Ya Allah, anak da besar, mak masih muda lagi"
.
Hahahahaa..tak kisahla apa niat si penegur tu..saya anggap pujian je..terima kasih..#janganberhentimemuji ekekeke
.


Tapi ada jugak kisah 5 tahun lps
Kami suami isteri pegi pasar naik motor..nak carik brg masak.. almaklumla sekali sekala balik kg. Tiba nak balik dr pasar, tgk tayar moto pancit. Kami pun carikla bengkel nak ganti/tampal tayar..sampai rumah ada yg bertanya.

"Gi mana lambat sgt balik. Kata nak g pasar je"..
saya jwp "mmg g pasar...tp tayar pancit"
saya ingat nak kena marah sbb pancitkan tayar moto..rupanya reaksi sgt berbeza..mengekek org yg bertanya tu..mana taknya..bila kami naik berdua, moto tu nampak kecik sgt (paham kan maksudnya?)
.
Apa yg saya nak bgtau kat sini..sedarlah..sbnrnya ramai org yg melihat dan perhatikan kita dengan kasih sayang.
.
Kami berusaha mendapatkan berat badan ideal bukan dengan sekelip mata. Bila kawan2 kita tegur ttg saiz, tolong ambik teguran sikit walau 1%. Rajin bertanya..jangan ambik produk2 yg boleh merosakkan organ2 kita. Boleh nampak eh kita kurus secara sihat atau kurus sakit.
.
Jodoh kami dgn #herbalife terlalu jauh..lps 4 tahun baru jumpa.. coach bg ilmu pemakanan yg sgt bagus yg hakak sendiri boleh implimen utk diri dan keluarga. Jika kita syg keluarga kita, suapla ke dlm mulut mereka makanan yg berkhasiat. Carikla yg terbaik. Jgn impikan keputusan yg mcm jet jika usaha kita mcm siput

Jadi jika ada yang berhajat untuk mendapatkan khidmat kami sebagai coach kurus especially area Bukit Subang dan Denai Alam, bolehlah roger kami berdua ye

Coach Rose ✆ 012-25 900 31
Coach Rais ✆ 011-1080 7402

Wednesday, 31 January 2018

TC Formula Herbalife

Tak sangka pulak TC Formula Herbalife ni power ek..selama ni makan acah-acah je..asal makan..tanpa tau apa benefit TC Formula nih..lps tu buat ganti teamix je time vacation sbb taknak selalu ke toilet

Bila dapat tau..rasanya taknak tinggal dah..hahaha


Siapa yang perlukan TC formula Herbalife ni ?

.
  • Ibu yang nak kurus selepas bersalin
  • Orang yang nak turun lebih 5 kg ( hasil setiap individu berbeza-beza )
  • Berat yang stagnant tak turun-turun. Haa cuba je amik TC formula Herbalife ni.. hehehe.
  • Nak turun berat badan laju
  • Orang yang suka workout
  • Orang yang banyak kenduri kahwin, perayaan dan majlis makan sepanjang tahun
Agak-agak ada tak dalam senarai kat atas tu? heheheh

Kebaikan TC formula Herbalife :

  • Mengandungi bahan-bahan herba yang membantu kita untuk kekal sihat dan aktif
  • Meningkatkan metabolisme
  • Bagi energy
  • Mengandungi estrak teh hijau, teh hitam dan teh oolong

Time bila kena makan TC Formula ni?

Saya ambik lepas main meal..maksudnya lepas sarapan, lepas lunch and lepas dinner..
TAPI kenalah ambik bersama meal replacement Herbalife iaitu FORMULA 1 atau lebih dikenali sebagai Shake

Lihat F1 Shake


Image result for TC Formula

DISCLAIMER : 
* Hasil setiap individu adalah berbeza.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mengubati atau mencegah mana-mana penyakit

Thursday, 25 January 2018

Mulakan hari dengan sarapan yang sihat

"Sarapan yang sihat menentukan perjalanan hari anda". Percaya tak dengan klausa ni? Tahu tak jika kita ambik sarapan secara teratur, ia akan memberi kesan yang baik badan kita seperti :
  • kawal nafsu makan
  • membantu membentuk otot kita
  • memberikan tenaga yang mencukupi utk kegunaan seharian
  • memberikan kesan yg baik utk otak
Sarapan di awal pagi pun sebenarnya dapat membantu badan kita meningkatkan metabolisme dan pembakaran lemak badan dapat dilakukan secara maksima.

TAPI, tak semua sarapan di awal waktu dan pada waktu yg teratur adalah baik. 

Sarapan yang baik adalah rendah GI tetapi mempunyai khasiat yg diperlukan sepanjang hari. Herbalife Formula 1 ada 55 nutrient mikro dan makro yang diperlukan oleh badan kita di dalamnya. Cukup dah dalam tu ada protein, ada Vitamin C, Vitamin E, Vitamin A, Kasium, Pottasium semua. Tak perlu susah-susah kelentang kelentung kat dapur pagi-pagi. Dua minit da siap sarapan yang terbaik untuk seisi keluarga.

Image result for formula 1 herbalife

DISCLAIMER : Produk ini tidak bertujuan untuk mengubati atau mencegah mana-mana penyakit



Ni gambar sarapan pagi saya. Turn F1 Coklat..sedapppp



Dua ni gambar masa kat hotel..saya bawak shake saya walau ke mana sekali pun.

F1 Herbalife Shake ni ada enam flavour..semuanya sedap

1. Cookies n Cream
2. Dutch Chocolate
3. Vanilla
4. Cappucino
5. Tropical Fruit
6. Strawberry

Semua ni saya dah test!! Favorite saya yg milky rupanya..tapi saya tak suka susu..boleh gitu?Hahahha
So, bolehla pilih nak mana satu ikut selera masing-masing sama ada suka yg fruity atau milky.

Berminat nak tau lanjut tentang produk herbalife, jemput datang ke Shake Party setiap Rabu ye especially untuk yg berada di sekitar Shah Alam, Bukit Subang, Denai Alam, Subang dan sekitarnya
Whatsapp dulu utk kami sediakan tempat..sebab tempat cuma terhad kepada 20 orang terawal je

Whatsapp ✆
Coach Rose : 012-25 900 31
Coach Rais : 011-1080 7402

Monday, 22 January 2018

Herbalife Bukit Subang 012-2590031 / 011-10807402

Happy sangat bila dapat body scanner sendiri 😍😍😍



Apa fungsi Body Scanner Tanita nih?

Bila ada body scanner nih, senanglah nak cek berapa banyak fat loss kita..ikut target ke tidak.., water intake kita meningkat ke tidak..muscle kita naik ke turun ke..muscle ni penting tau utk mudahkan kita lost weight!!

OK, kat bawah ni sy letakkan gambar apa yg boleh kita tgk dgn Tanita Scale


So, jika ada yg berminat nak buat body scanning utk tau result, boleh la roger2 saya (012 - 2590031) atau suami saya (011-10807402) especially jiran2 sekitar Denai Alam dan Bukit Subang, Shah Alam ye. 



Monday, 15 January 2018

Simpan syiling dlm freezer

JANGAN LUPA SIMPAN SYILING DALAM FREEZER - UNCLE CHAN
.
.
Bro,
.
.
Harini Uncle Chan pesan kat aku, kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa simpan syiling dalam freezer.
.
.
Ape kena orang tua ni kasi pesanan pelik camni. Boleh kasi syiling tu beranak ke? Simpan lah duit syiling dalam tabung, tu pesan yang selalu aku dengar.
.
.
Benda ni mudah tapi sangat penting. Ramai orang tak buat sebab tak tau.
.
.
Kalau U tinggal rumah lama-lama, U tak tau kan kalau ada gangguan bekalan elektrik kat rumah? Kalau ada, U tak tau kan berapa lama sebelum elektrik sambung balik?
.
.
Saya tak kisah sangat pun Uncle, takde siapa dalam rumah tu pun. TV, kipas lampu semua tu memang dah OFF.
.
.
Young man (terasa muda kejap), ayam, ikan, daging dalam u punya freezer tu macam mana? Nuggets, sosej dan daging burger untuk anak U macam mana?
.
.
Kalau terputus 2 - 3 jam OK lg. Kalau TNB rasa nak biar 2 - 3 hari? Kalau seminggu?
.
.
Kalau semua tu dah defrost dan dibiarkan terlalu lama, ia akan mula rosak. Lepas elektrik sambung semula, freezer U akan bekukan balik semua tu. Mungkin ada yang sudah rosak dan U tak perasan.
.
.
Betul jugak. Kalau tak perasan rasa macam ok je lagi (beku lagi kot), masak buat kari lepas tu makan. Memang ke hospital la lepas tu. Silap-silap boleh mati.
.
.
Lepas tu masak sosej yang dah rosak tu kasi anak makan. Aduhh..
.
.
Tapi apa kaitan syiling tu?
.
.
Ini tips untuk agak berapa lama freezer tu OFF. U perlu;
.
Syiling
.
Gelas plastik yang lut sinar
.
Air
.
.
Mula-mula u isi air dalam gelas plastik tu 3/4 penuh dan letak dalam freezer. Biar jadi ais.
.
Lepas tu letak syiling atas ais tu.
.
.
Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, check syiling dalam gelas tu.
.
.
Kalau syiling tu masih diatas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!
.
.
Tapi kalau syiling tu di lantai gelas, bermakna ais tu dah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.
.
.
Buang je lah semua bahan makanan atau minuman yang kemungkinan besar sudah rosak. Good indicator to check all your food supply inside your freezer. Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat.
.
.
Terima kasih Uncle Chan Kui Peng - wise old man.
.
.
#teorikehidupanmanusia
#sharedarigroupwasap
#kreditpadapemilikstory

Wednesday, 3 January 2018

DUIT DARI SAMPAH - Baja Kompos

Haiiii..i'm back again..

Alhamdulillah weekend lepas diisi dgn ilmu yg bermanfaat.
Saya terlibat dengan program voluntourism UKM CESMED dlm mendidik masyarakat tentang ilmu baja kompos.

Kat sini saya nak share la mcm mana step by step baja kompos tu dibuat.
Tengok video kat sini ye
👇👇👇👇👇

http://www.dropbox.com/s/i55sip53i2as3hm/20170916_131438.mp4?dl=0



Monday, 11 September 2017

SALAM PERKENALAN




Haiiiii...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ini merupakan posting pertama saya. Jadi agak kekok sikit..tak tau nak membahasakan diri apa..hihihihi..

OK, sy memperkenalkan diri dulu ye..
Saya Rosaini yg mempunyai keluarga yg kecil terdiri dari suami dan seorang boipren kecik. Boipren kecik tu nama je..tapi dia da besar sbnrnya..form 1 (2017). Anak yg sangat manja (walau pun lelaki), suka menolong ibu dia (saya la tuh) dan kuat merajuk tapi mudah dipujuk. Cik abang sayang saya ni pulak selalu kerja tak tentu masa. Kadang siang, kadang malam...tapi sebagai isteri dan juga bekerja, saya belajar memahami tugas beliau. Beliau adalah anggota bomba..tau je la kan...kerja bomba ni menyelamat..tak kira masa ada je kes-kes kecemasan.





Gambar atas tu diambil masa raya Aidilfitri 2017. Masa tu beraya kat kg husband..
Balik beraya rumah abg ipar, tengok2 ada dangau tepi sawah...kemain cantik. Tu tengah panas terik tu..cantik kan view? hehehe

Saya memang suka tgk permandangan hijau alam semula jadi. dan saya bukanlah datang dari kampung bersawah mcm ni..sebab tu setiap kali lalu kat sawah bendang mcm ni saya akan excited..gabungan warna langit dan kehijauan sawah terbentang luas...wahhhh dah macam nak berputis pulak..hahahaha

Ok lah..tu serba sedikit saya kongsikan tentang keluarga saya sebagai introduction dlm blog saya ni..

Ops..lupa.. Nama panggilan saya banyak.. ok, sy senaraikan ye
* kalangan kawan2 dan keluarga mertua, semua panggil sy Rose.
* Kalangan keluarga sendiri, semua panggil sy Ani
* Anak-anak buah sebelah saya akan panggil saya Cik Ani / Achik / Ibu (khusus utk anak2 adik sy..sebab taknak mereka panggil sy wak..hahaha)
* Anak-anak buah sebelah suami akan panggil saya Maksu sebab husband sy anak bongsu

Oraittt..nanti ada masa sy sambung lagi ye..