Semua individu yang terlibat secara langsung dengan bidang nutrisi dan fitness mungkin tidak setuju dengan perjalanan yang kita perlu ambil untuk mencapai tahap fitness dan berat badan yang diingini, tapi mereka menguasai satu perkara iaitu KITA PERLU MEMBUAT PLAN BARU UNTUK MEMASTIKAN IANYA BERJAYA.
Tapi berapa lama yang kita perlukan untuk dapatkan result yang kita nak?
Mungkin jawapan di bawah ni akan berbeza bagi setiap daripada kita, tapi mungkin ada persoalan yang boleh bantu kita mempertimbangkan sama ada kita perlu kekal dengan meal plan semasa atau abaikan dan buat meal plan baru.
1. ADAKAH TARGET KITA TU REALISTIK (BOLEH DICAPAI)?
Jika kita rasa dah mula 'give up', tengok balik apa target kita.. realistik ke tidak?
Ada kajian menyatakan target yang terlalu tinggi dalam tempoh masa yang tidak munasabah, adalah punca terjadinya 'give up'.
Jadi, SEMAK SEMULA TARGET kita. Pastikan dimulai dengan angka/target yang rendah supaya kita akan happy bila capai target dan boleh menjadi motivasi untuk mencapai target di peringkat seterusnya
2. KITA BETUL-BETUL IKUT PLAN KE?
Ni lagi satu persoalan, kita /coach dah buat elok diet plan/fitness kita, tapi kita ikut tak? Follow 100% tak?
Kita/coach dah susun, meal plan, eksesais masa mana, sleep time semua...ikut tak?
Biasanya yang 'give up' ni suka buat plan sukahati, asal boleh je..ikut mood
Kalau macam tu, result pun ikut mood la kan..suka sukahati je nak naik taknak turun dah..hahaha
3. KITA CUBA MENYESUAIKAN DIRI DENGAN PERUBAHAN DIRI DARI MASA KE MASA TAK?
Kita dah berusaha ikut plan diet/fitness kita, tapi result yang kita dapat cuma sederhana dan terus statik...seminggu pulak tuh..hurghhhh. APA DAH JADI?
Bila berlaku plateau / statik macam ni, ada orang suka tukar-tukar strategi diet/fitness tapi takde masalah pun kalau nak stay dengan program yang kita tengah buat sekarang ni. Cumanya ada personal trainer cakap "Making small tweaks can prompt a big restart when it comes to progress". Maksudnya kita boleh adjust sikit plan kita sebab kadang-kadang adjustment yang sikit tu la yang boleh jadik booster kepada perubahan yang kita nak. So, tak salah lah kalau kita nak stay dengan program kita atau adjust sikit..dua-dua pun ok.
Mungkin jugak, kita kena check semula dan ubah sikit dalam plan kita jika dah rasa stagnant. Sebab kadang-kadang plan kita tu kita dah buat lama sangat sampai badan dah tau proses apa utk next, lepas tu akan next, dan next.. macam kita lah..bila dah selesa dengan sesuatu kerja tu, kita boleh buat 'sambil pejam mata' kata orang..haa gittewwww!!
Ha, mungkin time ni kita kenalah kira semula, kalori intake kita ke, atau badan kita perlukan protein lebih ke, carbs lebih ke..so kita kena kenal dengan badan kita K! π
4. ADA BUAT CARTA PERUBAHAN DIRI TAK?
Kebanyakan dari kita fikir bila jarum / angka penimbang kalau tak menurun tu adalah satu 'kekalahan'. Penat-penat ikut program tapi takde result!! Kan kan kan????
Tapi sebenarnya kita tak boleh tumpukan pada angka penimbang sahaja sebab ada orang berat tak kurang tapi shape up, berat tak kurang tapi baju makin longgar, berat tak kurang tapi seluar makin membesar... suka ke suka??
Haaa..tu maknanya, kita dah berjaya membina otot berbanding membela lemak!
Suka kannn??
Boleh frust taw bila kita dapat zero result, tapi dengan melihat perkara-perkara kecil yang ada perubahan yang baik, kita mungkin akan terkejut yang sebenarnya kita mendapat hasil yang lebih baik dari jangkaan kita.
Keep in mind.. patience and consistent akan terus membantu kita untuk capat target kita
Yeayyyy!!!!
5. KITA ENJOY TAK DENGAN APA YANG KITA LAKUKAN?
Jika kita buat perubahan dalam lifestyle kita, kadang-kadang kita rasa tak happy dengan lifestyle baru.. ye lah.. nama pun pilih healthy lifestyle kan.. ofkos la ada eksesais sekali-sekala, makan kena pilih yang healthy je dan ikut portion sentiasa berbanding lifestyle kita yang dulu..makan ikut suka nak makan apa, lebih baik lepak main online game atau screen time daripada berpeluh-peluh eksesais kan. Perkara-perkara ini akan menjadikan motivasi kita hancur
"Although you set goals, remember that there's no race to the finish line. It's not like you'll get there and be done for life. So experiment, have fun, learn as you keep progressing and try new forms of exercise to keep it fresh" kata Drew Manning (Fitness expert)
So kita kenalah enjoy dengan perubahan lifestyle kita.. hayati perubahan demi perubahan.. sentiasa belajar memahami badan sendiri. Contohnya Drew Manning ni pernah join sukan CrossFit. Tau tak crossfit tu apa? OK boleh google je ye..hehehe
Drew Manning ni suka sangat dengan CrossFit, tapi bila dah getting older dia rasa macam dah tak boleh pegi dah dengan CrossFit ni mungkin dah rasa sukar utk usia dia, so dia ubah kepada sukan yang dia rasa dia boleh buat. Itu tidak bermakna dia menyerah ye.. dia cuma menyesuaikan sukan yang sesuai untuk dirinya.
Macam kita jugak, saya ada masalah jantung.. saya tak boleh eksesais panjat gunung, main futsal, running 10km macam orang sihat yang lain. Saya perlu sesuaikan dengan condition diri saya..sesuaikah jantung saya untuk buat ini, sesuaikah jantung saya untuk buat itu.. so kena pandai sesuaikan dengan diri sendiri ye.. sebab tu PENTING UNTUK KENALI BADAN KITA.
AKHIR SEKALI kita di cadangkan untuk memulakan plan / program kita dalam 30 - 90 hari bergantung kepada apa aim kita. Dan jika still tak enjoy dan tak dapat apa-apa result padahal dah memang follow sebijik-sebijik rules, then barulah pertimbangkan untuk plan/program yang dirasakan sesuai dengan target kita.
Credit to MyFitnessPal
*Artikel ini berdasarkan artikel dari MyFitnessPal dan diolah mengikut pemahaman sendiri
Perlukan coach untuk mulakan program anda? Kami boleh bantu
Hubungi Rose ✆ 012-25 900 31 / Rais ✆ 011-1080 7402